Sejak akhir-akhir ini semaking banyak isu yang sesitif dimainkan. Di luar campus mahupun di dalam campus. Jika kita melihat di luar, suasana dicetuskan oleh orang India yang ingin mengadakan Forum berkenaan Islam dan sudah tentu menjejaskan orang Islam jika mereka menyanpaikan fakta yang salah. Mengapa ingin mengadakan forum sedemikian dan mengapa ingin menimbulkan isu berkenaan Islam ini? Mengapa dan mengapa? persoalannya Islam sudah jelas maksud dan pengertiannya laitu agama untuk kesejahteraan dan sesuai hingga bumi ini dihancurkan. Orang Islam yang benar-benar mengamalkan cara hidup Islam tidak akan melakukan perbuatan terkutuk seperti yang dilakukan segelintir umat Islam hari ini. Mengapa ingin mempersoalkan agama? Sedangkan yang melakukan perkara adalah manusia yang mempunyai nafsu yang buas. Di sogok keduniaan dan diuji oleh tuhan menyebabkan mereka tewas. Islam adalah suci dan jangan pertikaikan.. Soalnya disini "manusia" yang diberikan akal samada ingin mengikut Islam atau sebaliknya.
Selain itu isu Melayu hebat diperkatakan hari ini. Melayu dianggap bangsa subsidi atau bangsa malas oleh masyarakat hari ini. Walhal orang Melayu sendiri. Namun pernahkah anda mengerti Melayu itu? Pernah menyelongkar sejarah? KOntrak sosial? Hak orang Melayu? Agama Islam? Melayu itu dalam tiga perkara laitu Islam (boleh mengucap), mengamalkan cara hidup Melayu dan bertutur bahasa Melayu. Melayu malas? memang disedari hakikat ini bahawa Melayu itu malas dan macam-macam lagi. Namun jika dilihat dari sejarah, bukan dari isi kandungan sejarah yang mungking diputar belitkan, tetapi dari segi tahun sejarah berlaku. Persoalanya berapa lamakah Bangsa Melayu itu dijajah? Berabab lamanya semejak dari kesulatanan Melayu Melaka. Tempoh penjajahan ini kita diajar untuk malas dan disogok dengan bermacam hidangan dunia. Lihatlah bangsa Melayu hebat yang mana bangsa Melayu ada di serata dunia. Mereka berjaya.. pernahkah anda melihat bangsa yang berada di cape town di africa? BEtul bangsa Melayu ada disana. Mereka dibuang oleh penjajah. Jadi janganlah kata bangsa Melayu sedemikian. Berilah kami masa untuk mengubah nasib kami. Isu soal subsidi dan hak-hak Melayu, jangan persoalkan juga usah dipersoalkan kerana Melayu ada haknya sebagai orang yang pernah menjadi Tuan kepada bumi Tanah Melayu yang kini sebahagian daripada Malaysia. Orang Melayu lemah lembut dan merima dengan hati yang terbuka. Hakikat ini dimain dan dimanipulasikan oleh pihak yang suka mengambil kesempatan. Sekarang isu UITM dibuka kepada bangsa bukan Melayu pula. Ia di luahkan oleh Meteri Besar yang juga berbangsa Melayu. Mungkin bukan atas niat sendiri kerana negeri yang diperintahnya itu di perintahkan oleh parti lain yang bersama dan hakikatnya parti itu pernah berada di masa rusuhan etinik dahulu laitu pada 13mei. Maafkan saya kerana bukan untuk menyentuh isu yang sensitive ini. Namun itulah kakikat sebenar yang melanda hari ini. Kebebasan yang diberikan oleh Perdana Menteri sekarang banyak di ambil kesempatan oleh mereka yang busuk hati dan pentingkan diri atau ogranisasi sendiri.
Hari ini aku terbaca pula isu yang dimainkan oleh Manusia ciptaan tuhan yang bergelar Mahasiswa di Utara SIntok ini. Mereka bertindak menggunakan Sdr Najhan laitu YDP GMPS Caw Khas UUM. AKu sebagai ahli GPMS turut merasakan kepedihannya. Tak kira bangsa Melayu atau bukan Melayu yang menggunakan identity Sdr Najhan, namun mengapa ini terjadi sewaktu pelbagai isu sensitive sedang hangat? Walhal malam ini satu Perhimpunan haram ingin diadakan di PKP. Agenda siapa ini? INing memecahbelahkan masyarakat kampus dan Malaysia? JIka kamu itu bangsa Melayu, sedarlah dan jika tidak suka dengan bangsa-mu segeralah membatalkan syarat yang membolehkan kamu menjadi Melayu. Dan jika kamu yang menjadi “tukang Busuk segala Busuk” itu, bukan Melayu, segeralah fahami apa itu bangsa Melayu. Bangsa Melayu sudah lama dimanipulasi.
Apa yang aku utarakan disini, atas dasar diri aku sendiri dan bukan atas sebab orang lain. Aku adalah bangsa Melayu yang sedar dan sedih dengan dilemma yang berlaku. Jika segala yang aku bahaskan adalah salah, tolong buktikan aku salah. Seribu maaf dipinta jika andainya aku salah. JIka boleh luahkan pandangan anda ditempat yang betul.
Aku ada membina forum dan bolehlah korang bahas di
http://kamiforum.6.forumer.com dan layari blog aku di
http://wawiblog.blogspot.com atau email ke wawiblog at gmail dot com. Sekian dan respon!...
** isu ini dimainkan oleh pelajar dari ipt aku.. so very bad... komen arrr.. atau pi blog aku.. ok..