Sebelum anda membina laman web, anda perlu tahu serba sedikit mengenai kod yang akan digunakan nanti.Kod html bermula dengan <html> untuk memastikan browser(pelayar-spt Internet Explorer,firefox dan lain2) mengenali kod yang dimasukkan.Setiap kod mestilah berakhir dengan tanda </> untuk melengkapkan kod anda.
Kebiasaannya kod html mempunyai extension ".htm" atau ".html" .Extension yang berakhir dengan .html adalah extension yang biasa dipakai pada masa kini.Tetapi anda masih boleh menggunakan .htm .
Maksud extension di atas adalah, semasa anda save file anda, anda mesti letakkan ".html" di hujung nama file anda.
Mari kita belajar cara - cara membina laman web pertama dengan menggunakan notepad.Buka program notepad anda dengan klik start>all program>accessories>notepad.
Taip kod seperti di bawah.
<html>
<head>
<title></title>
</head>
<body>
</body>
</html>
save sebagai index.html
Penerangan : -html adalah kod untuk menyatakan kod html dipakai dalam file anda.
-head adalah ruang untuk memasukkan meta tag,nama file yang akan
ditayang pada browser.
-title adalah ruang untuk menulis tajuk page anda(yang akan ditayang
pada browser anda.
-body adalah ruang untuk menulis isi kandungan laman web anda.
-index.html adalah file pertama yang akan dibuka bila pelawat klik
nama domain anda.
Apabila anda telah save kan kod di atas sebagai index.html, sila buka file tersebut menggunakan Internet explorer atau double click pada file tersebut.Anda telah berjaya menghasilkan laman web pertama anda.Tetapi seperti yang anda lihat...kandungan page anda tidak mempunyai apa - apa tulisan dan tidak bertajuk.Siapa yang akan baca web anda yang kosong...jadi teruskan membaca...
Taip kod kedua anda....atau edit file pertama tadi .
<html>
<head>
<title>Laman pertama saya</title>
</head>
<body>
Ini adalah laman web pertama saya.Saya akan tambah kandungan ini apabila saya
selesai belajar kod html saya.
</body>
</html>
save sekali lagi menggunakan nama index.html(overwrite file pertama)
Anda berjaya lagi....Kali ini anda dapat lihat kandungan laman web anda sudah ada tulisan dan bertajuk.
Teruskan membaca thread selepas ini untuk pelajaran seterusnya...