Sudah dua hari metallism.com mengalami masalah.Sebenarnya kami telah menyewa hosting dengan penyedia hosting terbaik dari Malaysia iaitu sempoihosting.com.Sempoihosting adalah dimiliki oleh En Suhaimy(Shuth) yang mana adalah rakyat tempatan seperti kita.
Apa yang terbaru mengenai hosting ini adalah servernya telah di hack oleh orang yang tidak bertanggungjawab.Cuba baca petikan berita dari sempoihosting di bawah.
Makluman
Assalammualaikum & Salam sejahtera kepada semua pelanggan-pelanggan sempoihosting.
Ingin dimaklumkan salah satu server sempoihosting (server utama) telah di hack dan mengalami kerosakan yang teruk pada pukul 3.00 pagi, 15 Ogos 2008.
Hampir semua website telah didelete oleh hacker tersebut. Dan sistem server kami juga turut dirosakkan.
Pihak kami kini sedang berusaha memperbaiki server tersebut dan akan cuba merestore semula semua website menerusi backup yang ada.
Saya berharap semua pelanggan-pelanggan sempoihosting yang mana website mereka terletak di server tersebut dan terlibat di dalam insiden ini. Dapat bersabar dan memberikan kami masa untuk memperbaiki dan mengatasi masalah ini.
Ini adalah kemalangan yang paling teruk pernah kami alami. Dan kami memang banyak belajar daripadanya. Kami berharap, tiada lagi insiden seburuk ini akan berlaku pada masa hadapan.
Kami juga faham, insiden ini telah menyebabkan anda kerugian di dalam perniagaan anda, begitu juga dengan kami. Kami memohon beribu-ribu ampun dan maaf. Hanya itu yang mampu kami nyatakan buat masa ini.
Kini, kami sedang berusaha bertungkus-lumus untuk mengatasi perkara ini. Dijangkakan, ianya mungkin mengambil masa selama 1-2 hari untuk pulih semula.
Sekian, makluman dan laporan dari saya.
Mohd Suhaimy Abu Bakar
Sempoihosting.com Owner
Siapa yang nak disalahklan dalam hal ini.Kami, En Suhaimy atau hacker?Sudah tentu hacker bukan.Saya pun tak faham apa yang hacker ingini.Adakah kerja dia memang hack komputer orang jer atau dia wat kerja hack secara sambilan.Mengapa ada orang macam ni.Adakah dia berpuas hati dengan apa yang dia buat.Entahlah.....X faham.
Apa - apaun saya harap metallism.com dan sempoihosting akan pulih seperti sediakala.
Anda boleh dapatkan berita terkini mengenai metallism.com di sini untuk masa akan datang.TQ.