Metallism Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Metallism Forum

Kongsi dan luahkan segala ilmu anda di sini
 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Bagaimana cara untuk buang navigaton bar pada blog anda.
Mari belajar bina komputer sendiri Icon_minitimeThu Jun 16, 2011 12:40 am by mkhafizan

» Mari Belajar Baiki Komputer
Mari belajar bina komputer sendiri Icon_minitimeThu Jun 16, 2011 12:37 am by mkhafizan

» Cara - cara nak Off Automatic Update Notification pada WinXP
Mari belajar bina komputer sendiri Icon_minitimeTue Aug 31, 2010 5:18 pm by Admin

» Bina laman web pertama anda.
Mari belajar bina komputer sendiri Icon_minitimeTue Jul 28, 2009 2:12 pm by tropiko_hernandez

» Tambah Calendar pada sidebar blogspot anda
Mari belajar bina komputer sendiri Icon_minitimeSat Aug 16, 2008 1:51 am by Admin

» Antivirus - Jom kongsi
Mari belajar bina komputer sendiri Icon_minitimeFri Aug 15, 2008 4:26 am by Admin

» Isu Menarik Hari Ini
Mari belajar bina komputer sendiri Icon_minitimeFri Aug 15, 2008 3:49 am by win_win

» Permulaan bicara
Mari belajar bina komputer sendiri Icon_minitimeFri Aug 15, 2008 3:40 am by win_win

» Pengumuman terkini mengenai metallism.com
Mari belajar bina komputer sendiri Icon_minitimeFri Aug 15, 2008 2:43 am by Admin

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Website
Affiliates
 

 

 Mari belajar bina komputer sendiri

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 55
Join date : 2008-02-24

Mari belajar bina komputer sendiri Empty
PostSubject: Mari belajar bina komputer sendiri   Mari belajar bina komputer sendiri Icon_minitimeTue Jul 22, 2008 4:25 pm

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua....Topik ini ditambah atas permintaan ramai dari email dan handphone saya.Yo!Yo!Yo!Hari ini saya akan ajar teknik asas membina PC sendiri.
Untuk apa bina PC sendiri?
Harganya lebih murah, kerana tiada kos upah pemasangan.Selain itu kita boleh memilih sendiri tahap kelajuan hardware yang akan digunakan.Sebaliknya PC yang sudah siap dibina adalah mengikut pakej yang ditetapkan dan mengikut citarasa pembinanya.Tetapi ingat...ini adalah tutorial pemasangan untuk PC Desktop sahaja, bukan laptop.

Bagaimana pula dengan jenama?
Bagi saya...jenama di casing PC TIDAK penting.Apa ada pada jenama, jika hardware di dalamnya slow dan tidak memenuhi keperluan kita.

Ada soalan lagi?????
Cukup setakat ini.Mari kita teruskan dengan pembelajaran kita.Ayuh.

lol!

Peralatan yang diperlukan

Sebenarnya untuk membina PC sendiri tidak memerlukan peralatan yang banyak seperti barangan elektrik yang lain.Anda hanya perlukan :

  • Pemutar Skru - sebaiknya yang ada magnet di hujungnya serta yang jenis leper dan bunga.

  • Pengepit skru - Untuk mengambil screw yang jatuh ke dalam hardware.Tetapi jika anda bertangan amat kecil, anda tidak perlukan ini.Itupun kalau muat.

  • Lampu picit - lebih sesuai lampu picit yang cahaya berwarna putih.Ia perlu untuk skodeng struktur dalaman hardware kita terutama motherboard.

  • Penyepit kecil - Sebarang jenis penyepit kecil, samada penyepit untuk mencabut bulu kening atau lain - lain.Untuk digunakan bagi mengalih jumper.


Hardware yang diperlukan

Saya rasa saya tidak perlu menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai makna hardware.Anda boleh merujuk bahagian lain dalam forum ini jika anda tidak faham.
Ini dia senarai hardware yang diperlukan :

  • Casing/PC case/Housing

  • Floppy Disc Drive

  • Hard Disc Drive

  • Cd/Dvd/Dvd writer drive

  • Processor/CPU-Central Processor Unit

  • Kipas penyejuk Processor(Processor Cooling Fan

  • Motherboard

  • Memory Module/RAM

  • Power Supply

  • Video Card/Graphic Card

  • Keyboard dan mouse


Software yang diperlukan

  • Sistem disk

  • Pemacu/driver untuk hardware -biasanya disertakan bersama hardware semasa pembelian

  • Sistem operasi CD - saya lebih suka guna windows XP.Jadi dalam tutorial ini lebih banyak menjurus kepada window xp


Kabel dan lain - lain

  • kabel untuk pemacu/driver

  • Motherboar spacer - Untuk elak motherboard terlalu rapat dengan casing.Ia didatangkan sekali dengan motherboard.

  • Skru - didatangkan sekali bersama hardware dan casing.Lainlah jika anda mengambil casing yang sudah dipakai, carilah semua skru tersebut.

  • CPU Cooling Compound


Itu sahaja alatan yang diperlukan.Penerangan jelas tentang setiap alatan di atas, sila rujuk tutorial sebelum ini.

Bersambung......

selepas ini saya akan ceritakan pula cara pemasangannya pula.Mengenal komponen - komponen yang dinyatakan di atas adalah wajib sebelum kita belajar cara pemasangannya.
Back to top Go down
https://metallism.forummotion.com
 
Mari belajar bina komputer sendiri
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Virus Computer
» Mari Belajar Baiki Komputer
» Bina laman web pertama anda.
» Bina background untuk web anda
» belajar asas komputer

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Metallism Forum :: Komputer dan ilmu IT :: Komputer/Computer-
Jump to: