Metallism Forum

Kongsi dan luahkan segala ilmu anda di sini
 
HomePortalFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Bagaimana cara untuk buang navigaton bar pada blog anda.
Thu Jun 16, 2011 12:40 am by mkhafizan

» Mari Belajar Baiki Komputer
Thu Jun 16, 2011 12:37 am by mkhafizan

» Cara - cara nak Off Automatic Update Notification pada WinXP
Tue Aug 31, 2010 5:18 pm by Admin

» Bina laman web pertama anda.
Tue Jul 28, 2009 2:12 pm by tropiko_hernandez

» Tambah Calendar pada sidebar blogspot anda
Sat Aug 16, 2008 1:51 am by Admin

» Antivirus - Jom kongsi
Fri Aug 15, 2008 4:26 am by Admin

» Isu Menarik Hari Ini
Fri Aug 15, 2008 3:49 am by win_win

» Permulaan bicara
Fri Aug 15, 2008 3:40 am by win_win

» Pengumuman terkini mengenai metallism.com
Fri Aug 15, 2008 2:43 am by Admin

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Website
Affiliates
 

Share | 
 

 APA2 AJER..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 55
Join date : 2008-02-24

PostSubject: APA2 AJER..   Wed Mar 26, 2008 11:55 pm

Selamat datang ke ruangan ape2 ajer.Ruangan ini dibina berdasarkan cadangan win_win.Anda bleh cerita apa sahaja yang terkandung dalam pemikiran anda di sini.Anda bleh cerita mengenai pengalaman, cinta, hobi, minat, cita-cita dan sebagainya.Tetapi ingat...anda tidak dibenarkan mengutuk orang lain atau menyentuh isu sensitif terhadap mana-mana bangsa dan agama.Nak iklan laman web kat sini pun boleh.Anda tidak dikenakan sebarang caj untuk berkempen di sini.Jangan kempen politik udah ler....

_________________
http://www.metallism.comSegalanya ada di sini
Back to top Go down
View user profile http://metallism.forummotion.com
Admin
Admin


Posts : 55
Join date : 2008-02-24

PostSubject: Apa komen anda tentang theme baru forum ini?   Fri Jul 04, 2008 3:24 pm

Saya nak tau apa pendapat anda tentang penggunaan theme atau tema baru dalam forum ini?Seuai, tidak sesuai, terlalu berserabut, susah nak cari maklumat, menyusahkan dan sebagainya...Sila beri komen anda....Saya akan perbetulkan mana - mana yang tidak sesuai... flower

_________________
http://www.metallism.comSegalanya ada di sini
Back to top Go down
View user profile http://metallism.forummotion.com
Admin
Admin


Posts : 55
Join date : 2008-02-24

PostSubject: Berbuat bakti kepada ibu bapa   Sat Aug 09, 2008 3:44 am

Sumber : Harian Metro online.Sabtu 9/8/2008

Bakti anak soleh
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my


"“DAN di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir. (ar-Ruum:21)"

Manusia dijadikan berpasangan, ada perempuan dan lelaki, masing-masing saling berkeinginan antara satu sama lain kerana melalui fitrah ini dapat meneruskan kesinambungan keturunan manusia, sekali gus membawa kemakmuran se jagat.

Tetapi, kehidupan berpasangan tanpa aturan akan me nimbulkan kepincangan. Kerana itu, manusia perlu melalui ikatan perkahwinan yang sah mengikut syariat bagi me mastikan hubungan berpasangan berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh kasih sayang.

Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan dan peraturan yang perlu dipatuhi supaya kebahagiaan yang dicari ber kekalan.

Bagi suami, sebagai nakhoda keluarga tentu tanggung jawabnya amat berat, lebih-lebih lagi berdepan dengan pel bagai rintangan.

Sementara isteri, kena tahu peranannya di sisi suami seperti mentaati suami, memelihara maruah diri dan suami kerana jika gagal akan mengundang keretakan rumah tangga.

“Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya (Hawa), dan yang mem biakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya, serta peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.” (an-Nisa’:1)

Tetapi apabila berkahwin, kesibukan dengan kerenah anak-anak, kadangkala membuatkan pasangan terbabit lupa tanggungjawab terhadap ibu bapa.

Apakah apabila mempunyai rumah tangga sendiri, mereka boleh bersikap lepas tangan terhadap ibu bapa?

Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Ke manusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, berkata anak dan menantu perlu menyedari bahawa di antara asas utama Islam ialah suruhan Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa sama ada Islam atau bukan Islam.

“Berbuat baik kepada ibu bapa menjadi kewajipan kepada anak-anak sepanjang masa selain menjaga mereka sepe nuhnya apabila tua,” katanya.

Islam menitikberatkan supaya memberi perhatian kepada ibu sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran, yang bermak sud:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada

keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka per kataan yang mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

“Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat.” (al-Isra':23-25)

Beliau menegaskan, setiap suami dan isteri yang mempunyai ibu bapa mesti menunaikan suruhan Allah untuk berbuat baik kepada ibu bapa.

“Ia adalah nilai akhlak terbaik yang akan dicontohi oleh anak. Anak akan mendapat contoh yang baik daripada ibu bapa.

“Kita hendaklah memberikan contoh ini kepada anak-anak agar apabila mereka dewasa, mereka akan berbuat perkara yang sama kepada kita nanti.

“Kepada anak-anak, berbuat baiklah kepada ibu bapa se mentara mereka masih hidup dan jangan pula apabila mereka sudah meninggal baru hendak berbuat sedemikian,” ka tanya.

Bagi sesetengah pasangan, terutama yang baru berkahwin, ibu lelaki mungkin berfikiran yang menantu perempuannya cuba merampas hak eksklusif daripada anak lelakinya, ma nakala isteri pula mungkin berfikiran yang ibu mentuanya terlalu sayang terhadap suaminya.

Jika situasi ini berlaku pasti hubungan di antara anak menantu dan mentua wujud masalah, malah menimbul bibit pertikaian dalam banyak hal. bagaimana pula peranan se orang suami dalam mewujudkan keseimbangan perhatian dan kasih sayang di antara ibu dan isterinya?

Cendekiawan terkenal al-Azhar, Sheikh Abdul Majeed Subh, berkata suami sepatutnya berusaha mewujudkan keseim bangan dalam mengekal hubungan (harmoni) di antara kedua-dua pihak, isteri dan ibu dengan baik.

“Ibu sepatutnya diberikan layanan baik dan isteri diberikan penghormatan. Suami isteri patut mempunyai rumah sendiri jika berkongsi rumah, mungkin menyebabkan perselisihan di antara isteri dan ibu,” katanya.

Menurutnya, bagi mengelak pertikaian, suami sepatutnya menasihati isteri memberikan layanan baik kepada ibunya, walaupun ibunya tidak berpuas hati dengan menantunya itu.

Beliau berkata, suami patut menunjukkan contoh baik. Jika semua usaha gagal atau seorang daripada mereka tidak mesra dengan isteri, anak lelaki itu itu sepatutnya setia dan berbuat baik kepada ibu bapanya,.

“Dan, jika mereka mendesakmu supaya engkau mem persekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak me ngetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku. Kemudian kepada Akulah tempat kem bali kamu, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Luqman: 15)

_________________
http://www.metallism.comSegalanya ada di sini
Back to top Go down
View user profile http://metallism.forummotion.com
seripagi



Posts : 4
Join date : 2008-08-09
Age : 30

PostSubject: Re: APA2 AJER..   Sat Aug 09, 2008 4:39 am

huhu..my comment about this page ek..
skit jer...buleh kan??

1. sy ni br jer registered as a new member...so xtau previous page nih cmner rupernyer...but terasa sedikit terang dan silau skit mata ni biler nengok skrin komputer nih...huhu...the colours: green and yellow are okey enough but they are too bright....(buleh dpt serangan migraine for those yg sensitive to bright light...).

2. okey...itu jer so far...time kaseh....

3. this is only arandom comment that crossing into my mind sbntr td....so mintak maaf kalau ader tersalah kata tersilap bahasa k....Smile

sekian,
emBunpaGi...
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin


Posts : 55
Join date : 2008-02-24

PostSubject: Rep:hu..my comment about this page ek..   Sat Aug 09, 2008 5:04 am

embunpagi wrote:
huhu..my comment about this page ek..
skit jer...buleh kan??

1. sy ni br jer registered as a new member...so xtau previous page nih cmner rupernyer...but terasa sedikit terang dan silau skit mata ni biler nengok skrin komputer nih...huhu...the colours: green and yellow are okey enough but they are too bright....(buleh dpt serangan migraine for those yg sensitive to bright light...).

2. okey...itu jer so far...time kaseh....

3. this is only arandom comment that crossing into my mind sbntr td....so mintak maaf kalau ader tersalah kata tersilap bahasa k....Smile

sekian,
emBunpaGi...

Terima kasih embunpagi atas komen anda.Sebenarnya antaramuka atau rupa forum ini sebelum ini adalah terlalu simple dan hanya berwarna biru dan putih sahaja.Saya telah menukarkan antaramuka ini supaya nampak lebih ranggi dan menarik.Saya memohon maaf atas masalah yang dihadapi.Komen sebegini lah yang saya tunggu - tunggu.Saya akan pertimbangkan untuk menukar antaramuka forum ini sedikit masa lagi.Beri saya temph untuk membina atau mencari theme yang sesuai.Terima kasih. Basketball

_________________
http://www.metallism.comSegalanya ada di sini
Back to top Go down
View user profile http://metallism.forummotion.com
win_win



Posts : 12
Join date : 2008-03-23

PostSubject: betul tu   Tue Aug 12, 2008 7:00 pm

embunpagi wrote:
huhu..my comment about this page ek..
skit jer...buleh kan??

1. sy ni br jer registered as a new member...so xtau previous page nih cmner rupernyer...but terasa sedikit terang dan silau skit mata ni biler nengok skrin komputer nih...huhu...the colours: green and yellow are okey enough but they are too bright....(buleh dpt serangan migraine for those yg sensitive to bright light...).

2. okey...itu jer so far...time kaseh....

3. this is only arandom comment that crossing into my mind sbntr td....so mintak maaf kalau ader tersalah kata tersilap bahasa k....Smile

sekian,
emBunpaGi...

betul tu miss embum.. sebab sy ni rabun silau.. tapi kat lab nie same je.. monitor CRT 15inci yg membosankan.. boleh menyakitkan mata.. he he..
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: APA2 AJER..   Today at 10:36 pm

Back to top Go down
 
APA2 AJER..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» yesus gada apa2 nya dibanding musa menurut alkitab
» mana bukti atau tanda bahwa Israel menjajah palestina?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Metallism Forum :: Apa - apa aje :: Suka hati nak cakap apa-
Jump to: