Jika anda telah mengikuti tutorial saya sebelum ini, anda telah dapat membina laman web anda yang pertama.Jika masih belum berjaya...reply post tersebut dan tanya saya.
Jika anda perhatikan laman pertama anda sebelum ini, anda dapati background nya berwarna putih.Bagaimana untuk memasukkan kod background???
Taip kod di bawah antara <body></body>
<body bgcolor="#000000">
save kan file tersebut.
background anda akan berwarna hitam.Sebenarnya anda boleh ubah background tersebut dengan berbagai jenis warna.Tukar sahaja kod #000000 kepada huruf atau nombor lain.Untuk mengetahui kod warna saya akan reply dalam posting ini nanti.Tunggu...
Di samping itu anda juga boleh memasukkan imej sebagai background anda.Sediakan sebuah imej dan letak dalam fail bersama foder web anda.Untuk lebih memudahkan anda, bina satu folder dengan tajuk kesukaan anda dan masukkan semua file tadi ke situ(termasuk file imej anda).Buat satu lagi folder bernama "images" di dalam folder anda tadi.
Kod untuk memasukkan imej adalah:
<body IMG SRC="images/example.gif" ALIGN=right WIDTH=45 HEIGHT=60>
Anda perlu taip lokasi di mana file imej anda berada dan extension nya(ctnya:.gif,.jpg dsb)
align adalah untuk memastikan gambar anda berada di posisi yang anda mahukan.Dalam kod di atas gambar anda akan berada di bahagian kanan.
Width pula bermakna saiz kelebaran gambar anda(ia boleh diubahsuai mengikut kemahuan anda).Manakala Height bermakna saiz ketinggian objek atau imej anda.
Adakah anda keliru dengan penerangan saya di atas, reply posting ini...